Monday, July 27, 2009

Konsep dan theme color?

Untuk majlis ni ,aku dan 'Encik Tunang' dah decide :

*Hantaran-Perempuan(9 dulang)
-ala-ala kemelayuan,mesti ada unsur ukiran,kayu dan nampak tradisional.Warna= dark brown.

*Hantaran-Lelaki(7 dulang)

-english style,tema putih dan pink.

dibawah adalah bekas dan bakul hantaran yang sudah di beli.Layannn...



Dua bijik bakul ni aku beli kat kedai KK Nilai 3,dengan harga rM16 only!


Bekas ni plak aku beli kat Dataran Pahlawan ,Melaka,waktu aku outstation 2 tahun lalu...dengan harga RM80.Yang sebelah kiri tu,tak silap aku harga dia RM38,kat tempat yang sama.


Aaa..yang ni harganya RM28,aku lupa nama kedainya ,tapi kedai tu kat Anggerik Mall Shah Alam...sorry ek pengantin2 sumer,dah hilang ingatan dah aku ni agaknyer!


Yang ni ,harganya RM26 aku beli masa outstation ,kat Batu Feringhi. Aku sukakan kelainan ,pada aku "Diffrent is unique",jadi aku beli mangkuk cam teko ni untuk letak buah anggur hijau di dalamnya .

Warna merah+hijau =contras..hasilnya korang tengoklah nanti..hehe



bakul dan shell ,dari steel ni plak harganya RM18.90,dari KK,Nilai 3.Aku ingat nak spray putih ,untuk cukupkan bekas hantaran dari pihak lelaki..hmmm apa pendapat korang?

Ini plak bekas hantaran sebelah lelaki...layannn gak lerr!


Ok,bekas yang nampak cam pelita ni aku ngan En. Tunang beli kat Plaza Alam Sentral Ting 5,aku lupak plak ape tah nama kedai tu, kat situ korang leh jumpa macam2 style bekas macam ni ,aku memang rabun mata sebab kat situ sume cantik2 ,sampai En.Tunang sendiri pun leka membelek sume barang2 display kat situ.

Harganya RM45.90..ok yang bekas yg nampak cam telur Ostrich tu harganya RM30 kat SSF.Aku sangat suke dengan design dia,mula2 cadangan kami nak letak "telur ostrich" dalam bekas pelita tu,tapi dah bawak balik,tak muat pulak
iskh!

aku dengan segera memikirkan solutionnya..hehe .Maka jadilah beberapa design rekaletak hantaran macam kat bawah nih!




*hehe..lega cantik jugakkan? Owh lupa bekas love pink tu aku beli dengan harga RM3.50 sebiji kat kedai "5 RINGGIT " depan umah aku.

Aku beli 10 biji ,total semua baru RM35..hehe berbaloi tak?

Mungkin korang fikir aku agak membazir membeli sesetengah bende,padahal bende tu nak pakai sekali jer ..tapi cukuplah aku katakan aku ni seorang yang sangat minat dengan barang2 yang ada 'art and astetik' value,aku juga seorang art collector,aku membeli kerana kehendak dan hobi aku,bagi aku wat per beli bende agak murah ,then pakai sekali,pastu disepah2,buat isi bawang ,buat isi cili!

For me ,hantaran is kenangan !,pas guna leh aku buat hiasan kat umah baru ,mana tahu anak2 aku pun leh guna bile dieorag kawen nanti! Tak ke mengimbau nostalgia silam tuh!

Oklah,nanti aku uploadkan pic barang2 yang dah aku beli dan selain berkongsi tips,idea dan pengalaman ,aku sangat harapkan recommendation korang....huhu sebab banyak lagi barang yang aku tak beli rupernyer! Argh!!!!!

Salam Pengantin untuk Pengantin!

Bye!

1 comment:

  1. lawa dan mmg sgt sesuai nak recycle untuk hiasan rumah
    great idea!!!

    ReplyDelete