Wednesday, February 27, 2013

Orang baru...vs Anaqi..

Taraaa....inilah 'orang baru' yang akan menghiasi perjalanan rumahtangga kami..inilah adik yang akan di pimpin tangannya oleh abgnya Anaqi..inilah dia si kecil yang yang lahir sebulan lalu , pd tanggal 23 Januari 2013..inilah dia  Rayyan Firasi Jihadi!



 *Fresh from 'oven'...beberapa minit setelah di lahirkan...






 *Sebulan melihat dunia dari mata kecilnya

Sajer aku postkan entry ni, bila Firasi dh sebulan, bukan ape biar dia betul2 sihat , gara2 kelaur masuk wad, kerana jaudicenya yang tinggi...apa-pun alhamdulilah , seperti Anaqi...Firasi juga kuat seperti abgnyer...

Ramai yang bertanya maksud nama hero aku yang kedua ni...panjang bebenor, mehlah aku citerkan maksudnyer.. berdasarkan yg aku research dan bertanya pada org alim..Rayyan - Penjaga antara pintu2 syurga ,Firasi-pemikir yang bijak, Jihadi- Pejuang /perjuangan...

Sebenarnya mase aku prgnatkan Firasi, aku tgh sibuk dgn promo menentang kekejaman Zionist menghentam Gaza dlm serangan 8 hari tu...mmg perasaan mase tu geram btul dgn Zionist laknatullah ni...kalo korang research juga ada seorang Wartawan BBC bernama Jihad Mishwari turut kehilangan anakanya Omar dalam serangan itu...so dari situlah aku dpt ilham nak namakan 'orang baru' dengan nama ala-ala dia..dengan doa. agar anakku ini bakal menjadi pejuang agama satu hari nanti..mohon sesama doakan yea..ameenn.

Mengisi tempoh berpantang di rumah Mama, aku melihat Anaqi juga dah belajar menjadi abang kepada adiknyer..huhu..risau gak kalo dia masih nak manje-manje..huhu.Walaupun mulenyer aku ni kesian gak pada Anaqi..dah tak selalu leh  dekat-dekat dgn aku , sbb aku sibuk dgn Firasi, tapi apa boleh buat...lama-lama anak sulungku ini mula faham akan kehadiran 'orang baru' dlm keluarga kami ini...dia sudah belajar tidur sendiri, dh tk merengek dn menyelit-nyelit dh seperti dulu...paling penting dia tak mengamuk  menjerit  dan menangis bila menyedari Abinya tiada sisi..

Anaqi sudah melihat peranan orang sekeliling yang boleh menemani,bermain dan mendengar permintaannya,bukan hanya dari Mummy dan Abinya lagi.. tambahan pula jarang dia menangis apabila terjatuh  bahkan dia kini sudah boleh bangun sendiri..

Anakuk sedang belajar menjadi 'dewasa',rupenyer...

Setiap kali melihatnya tidur seorang di sebelah neneknyer...sayu btollah hati aku ni...haih..melihat dia aku brdoa dlm hati..biar Anaqiku membesar jd Abg yg baik...jauhkan iri di dalam jiwa dan kurniakan dia rasa tanggungjawab ,berdikari dan kasih pada 'orang baru' yg bakal menjadi adik-adiknye...ameen.
 


Anaqi tetap pengarang hati,dan anak kesayangan Abi & Mummy.!!(..haih sebak lak aku ni)Titik

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888