Wednesday, July 29, 2009

Souvenior?

Hurmm,nak bagi souvenior ap yer?

Yang pasti,aku nak :
*simple
*comel
*orang sayang nak buang
*unik
*nampak class(walaupun bajet ciput)
*tak nak reben-reben segala
*ada art value
...yang penting tak nampak kampung sangat!

Aku dah beli sikit-sikit,takut nak beli sekaligus ,nanti dah beli semua,jumpa yang lagi cantik ,meroyan plak aku! hehe.


Aku ingat nak letak telur dalamnya.Bekas ni aku beli dengan harga 3.50,susah nak cari kat sini .Ni pun kebetulan aku pergi bercuti.Tapi kalu korang nak aku boleh bagi contact taukeh dia...hehe


Yang ni ,aku baru beli dua minggu lepas kat Semua house jalan masjid India,satu paket plastik tu harga RM18=25bijik bermakna sebijik bekas ni baru RMo.72.


Ok saputangan ni plak aku beli kat Pasar Siti Khadijah ,waktu shooting kat Kelantan baru-baru nih,harga dia pun lebih kurang sama ,tapi aku beli sikit je,dalam 100 biji.




Ok lah ,nanti aku upload lagi,mengantuk plak!
ZZZZ..

Monday, July 27, 2009

Konsep dan theme color?

Untuk majlis ni ,aku dan 'Encik Tunang' dah decide :

*Hantaran-Perempuan(9 dulang)
-ala-ala kemelayuan,mesti ada unsur ukiran,kayu dan nampak tradisional.Warna= dark brown.

*Hantaran-Lelaki(7 dulang)

-english style,tema putih dan pink.

dibawah adalah bekas dan bakul hantaran yang sudah di beli.Layannn...



Dua bijik bakul ni aku beli kat kedai KK Nilai 3,dengan harga rM16 only!


Bekas ni plak aku beli kat Dataran Pahlawan ,Melaka,waktu aku outstation 2 tahun lalu...dengan harga RM80.Yang sebelah kiri tu,tak silap aku harga dia RM38,kat tempat yang sama.


Aaa..yang ni harganya RM28,aku lupa nama kedainya ,tapi kedai tu kat Anggerik Mall Shah Alam...sorry ek pengantin2 sumer,dah hilang ingatan dah aku ni agaknyer!


Yang ni ,harganya RM26 aku beli masa outstation ,kat Batu Feringhi. Aku sukakan kelainan ,pada aku "Diffrent is unique",jadi aku beli mangkuk cam teko ni untuk letak buah anggur hijau di dalamnya .

Warna merah+hijau =contras..hasilnya korang tengoklah nanti..hehe



bakul dan shell ,dari steel ni plak harganya RM18.90,dari KK,Nilai 3.Aku ingat nak spray putih ,untuk cukupkan bekas hantaran dari pihak lelaki..hmmm apa pendapat korang?

Ini plak bekas hantaran sebelah lelaki...layannn gak lerr!


Ok,bekas yang nampak cam pelita ni aku ngan En. Tunang beli kat Plaza Alam Sentral Ting 5,aku lupak plak ape tah nama kedai tu, kat situ korang leh jumpa macam2 style bekas macam ni ,aku memang rabun mata sebab kat situ sume cantik2 ,sampai En.Tunang sendiri pun leka membelek sume barang2 display kat situ.

Harganya RM45.90..ok yang bekas yg nampak cam telur Ostrich tu harganya RM30 kat SSF.Aku sangat suke dengan design dia,mula2 cadangan kami nak letak "telur ostrich" dalam bekas pelita tu,tapi dah bawak balik,tak muat pulak
iskh!

aku dengan segera memikirkan solutionnya..hehe .Maka jadilah beberapa design rekaletak hantaran macam kat bawah nih!




*hehe..lega cantik jugakkan? Owh lupa bekas love pink tu aku beli dengan harga RM3.50 sebiji kat kedai "5 RINGGIT " depan umah aku.

Aku beli 10 biji ,total semua baru RM35..hehe berbaloi tak?

Mungkin korang fikir aku agak membazir membeli sesetengah bende,padahal bende tu nak pakai sekali jer ..tapi cukuplah aku katakan aku ni seorang yang sangat minat dengan barang2 yang ada 'art and astetik' value,aku juga seorang art collector,aku membeli kerana kehendak dan hobi aku,bagi aku wat per beli bende agak murah ,then pakai sekali,pastu disepah2,buat isi bawang ,buat isi cili!

For me ,hantaran is kenangan !,pas guna leh aku buat hiasan kat umah baru ,mana tahu anak2 aku pun leh guna bile dieorag kawen nanti! Tak ke mengimbau nostalgia silam tuh!

Oklah,nanti aku uploadkan pic barang2 yang dah aku beli dan selain berkongsi tips,idea dan pengalaman ,aku sangat harapkan recommendation korang....huhu sebab banyak lagi barang yang aku tak beli rupernyer! Argh!!!!!

Salam Pengantin untuk Pengantin!

Bye!

Tgh pikir design baju nikah ..korang ada idea?



Kain ni aku beli kat Nilai 3,untuk buat Baju Melayu En.Tunang ,4 meter baru RM30...
Aku suka design Cekak Musang ,samping plak nak cari color pastel..sweet je Encik Tunang nanti ..hih..hik
Sekarang tengah tunggu gaji nak pergi anta tempah baju Melayu..hehe
Aku amat mengalu-alukan sebarang komen yang membina dan idea bernas dari korang .Maklumlah idea aku selalu di gunakan untuk wat skrip,edit visual ,sampai otak dah tak leh pikir dah wat masa ni...huhu
Bye!

Aku dan 'Encik Tunang'

Encik.Tunang ,banyak menyerahkan segalanya kepada aku, konsep ,warna,semuanyanya aku yang yang tentukan ,hehe..bukan bermakna En. Tunang ni tak mahu ambil tahu,cuma katanya dia bimbang kalau2 dia beli tak sama dengan gaya yang aku inginkan ...Dia tahu bertapa majlis ini amat bermakna untuk ku , dia juga tahu inilah impian aku sejak dulu ....oleh kerana jarak dan masa memisahkan kami,kawan kawan satu ofis jelah peneman aku bila nak jejalan 'survey' barang kawen aku ni..thanks fren hehe.

Dalam sebulan , paling kurang sekali kami akan berjumpa dan masa itu jugaklah kami beli hantaran ,kain dan dsb..sedihkan..huhu

Buat pengetahuan korang ,aku dan 'Encik Tunang' dan berkawan ni dah dekat 8 tahun, bercinta dah dekat 5 tahun,bertunang plak baru setahun.

En. Tunang merupakan kawan baik aku ,masa aku di Uitm dulu, awek dia pun aku yang carikan ..hehe.Dia pun penah gak kenalkan kawan dia kat aku,tapi aku palak tak minat dengan kawan dia tu...(kesian dia..maaflah cinta tak boleh di paksa)

Jadi kami terpisah dan membawa haluan masing-masing ,samapailah surat tawaran sambung degree menemukan kami sekali lagi...

Jadi dari situlah ceritanye yeop!

Saturday, July 25, 2009

Counting Days!


Misi aku taklah sehebat 'LadyNoe' (Misi 5 April),namun aku akui, aku juga menuju kearah yang sama.Sekarang ni terasa cepat benar masa berlalu...namun aku masih tidak menetapkan tarikh 'hari besar' itu,segalanya kerana aku sibuk dengan karier ...tak banyak masa untuk survey barang kawen...malah nak jumpa 'Encik Tunang' pun aku takde masa...
Jadi kita orang decide taknak terkejar-kejar,just 'go with the flow',barang kami beli sikit-sikit..maklumlah gaji aku dan Encik Tunang pun bukanlah besar ..jadi kami sangat berpada-pada ketika berbelanja...
Tapi aku setuju dengan 'LadyNoe',bagi aku tak perlu wedding planner segala ,walaupun aku bz, aku tetap dengan impian ,untuk mengatur sendiri persiapan hari bahagiku itu...
Sebab itu, aku takkan melepaskan peluang ,untuk shopping dan survey barang kawen waktu aku outstation ..dan best sekali bila ada teman-teman yang sudi membeli barang kawen aku tu ketika mereka shooting overseas(terima kasih semua..hehe)!
Aku rasa ,cukuplah dulu untuk entry pertama 'misi' ku ini,nanti aku aku uploadkan gambar2 barang-barang yang udah di beli,aku harap ada yang sudi memberikan tips dan berkongsi cerita tentang 'Misi Mengejar Hari Bahagia ini ! Adios

Rindu...

Kala ku..merindu,
ku rendahkan hati ku ,
menjadi manusia pemurah disisinya …

Kala ku mencintai,
ku biarku buliran mata itu keringnya sendiri,
biar duka merobak ,nafas memacu detak ..
kugagahi agar kau bahagia dalam pelukan ,..
hangat mimpimu dalam nafasku!

Kala ku menyayangi,
sayu kuselimuti dengan tawamu,
senja lara ku biar menjadi peneman tidur ku,
Senyum itu ku perlu,
kepadanya ku serahkan seluruh cintaku,
Renung itu ku perlu,
kepadanya ku serahkan sekujur nyawaku!

Kala ku menginginkan mu ,
ku simpan namamu dalam namaku,
aku dan kamu…
SATU!

-bungabulan