Saturday, November 21, 2009

Terima Kasih Tuhan!!

Panggilan dari mama mengejutkan lenaku seawal pagi…

Mendengar dari suara sunggul Mama,aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena…

5 minit kemudian ..perbualan kami terhenti.

Pertama yang berlegar dalam kepalaku…”Mungkin inilah dugaan orang nak kawen ,yang terpaksa aku tempuhi”

dulu aku ada mendengar perkara semacam ini,dan kini hampir sebulan aku akan ke jinjang pelamin ,aku turut di duga perkara yang sama!

“Rumah kene pecah masuk, barang kemas mama dan duit lebih 10k lesap”!
itulah kata-kata mama,yang masih berlegar di benakku…

aku terpana…selang beberapa detik …aku teringatkan sesuatu..lalu bertanya ..

” Abah macam mana? Adik-adik yang lain macam mana?

“Abah ok,cuma terkejut sikit,adik semua ok,alhamdullilah semua selamat”.
jawapan Mama ,melegakan aku…

kata Mama, mungkin pencuri kelam kabut dan tak sempat buat apa-apa pada adik perempuan aku yang tidur berseorang di biliknya…
Fuh! nasib baik..

kata Mama,dia tak dapat bercakap lebih lama ,ramai anggota polis yang berlegar2 di ruang tamu rumah ku itu…sibuk mencari bukti dan melakukan tugas mereka …
aku menurut kata Mama,biar hati ini bergelodak mahu tahu apa lagi yang yang berlaku..terasa mahu terbang pulang ke kampung pun ada!

telefon di matikan…namun aku hairan tiada tangisan atau nada sebak dalam bicara Mama tadi…dalam hati..
Mungkin Mama dan Abah redha dengan apa yang terjadi …begitu juga aku!

Sungguhpun sedih kejadian ini berlaku sebulan dari “Hari Besarku” ,namun aku bersyukur ahli keluargaku selamat ,sanak saudara dan kawan -kawan memberi semangat …

Bagiku, tak bermakna wang dan harta kita jika kita kehilangan orang-orang yang kita sayang ,juga tak bermakna majlis yang gilang gemilang tanpa kedua ibu bapa ,sanak saudara juga teman-teman yang sangat menyayangi kita!

Alhamdulillah ,aku redha..aku bersyukur…mereka masih ada bersamaku..menemaniku.
Terima Kasih Tuhan! Kau hantar ini sebagai ujian untukku…

Wednesday, November 18, 2009

Hai bertuahnye!!



Baru 3 bulan lepas dapat sorang Assistant...hehe baik budaknyer. Tak sangka dia bagi ni sebagai hadiah kawen..haha.Thanks Dik!!


 
 
Ada sesiapa yang nak join pergi spa? hehe..

Tuesday, November 17, 2009

Bedroom Set Huntings!

Jejalan dengan Cik Nora kat area kedai furniture  sepanjang jalan nak ke Kg Subang tu...pergh boleh muntahlaa di buatnyer,dari satu kedai ke satu kedai , semua menawarkan harga yang menarik design yang cun ..ahaks





Untuk bedroom set aku suka sesuatu yang nampak klasik, tak serabut,yang penting mesti ada empat tiang tu...very oldskool seh! Macam ni ..tapi belum decide lagi ,kene discuss dgn En.Tunang dulu! hehe!



 

klasikkan?...sukernyer..huhu

 

 

Ni plak cam carriage cinderella..pergh ,memang unik! Macam fairytale wedding!

Lastly ada satu kedai atas die pun ada jual  berbagai jenis mak iiii lampu..cantik-cantik sangat huhu!!!aku dan Nora dah meroyan kat situ ..haha Abang kedai pun dah pening tengok perangai kami! haha..






 

 

 

haha akhirnya aku beli yang paling murah ,untuk Mama...murah dah cantikkkk.
Jadi Bedrooms Set Hunting spoiled sebab yang di belinya lampu ini ..ngeee..ngeee

 


hehe..lampu ni paling murah kat situ..hehe!Apapun thanks Nora, temankan aku !!

Sunday, November 15, 2009

Yey dah dapat!

PENAT-Lembik lutut ...sakit pinggang ..semua ada ..

dekat 3 jam menghabiskan masa bersama kawan lama aku Malia kawan lama aku kat Pameran Pengantin 2009..thanks Malia temani aku! Muah!







TERKILAN-Memang rambang mata...menyesal pun ada ..kenapala aku tak jumpa semua ni sebelum ni..huhu. Hp palk bateri flat jadi tak leh amik pic banyak2..

Oleh kerana lagi sebulan je aku nak kawen ,aku redha dan berserah je...

BEST-Tapi aku jumpa ini...hehe pilih mana berkenan..kui..kui..




PILIH-PILIH YANG MANA BERKENAN!
HARGA PROMOSI RM500 SEMASA PAMERAN SAHAJA.
KALAU HARGA BIASA RM 600.














Aku dah book ,design yang no 2,cume color lain skit.Hurm..lega..SETEL!



Tuesday, November 10, 2009

Aku sedang mencariiiii!!!!


 Tadi aku bersembang dengan seorang , ofismate...


"Fiha,siapa photographer kawen ko?"


jawab ku...


"Entah ..tak dpat lagi yang berkenan di hati, sebenarnya saya dah ada beberapa pilihan ,cume tak confirm lagi"..


korang bayangkanlah ,kurang 2 bulan lagi aku dah nak kawen , still tak dapat lagi photographer yg betul-betul aku berkenan!

Kata ofismate aku ni lagi..


" Bagi aku ,kalau aku kawen nanti, bab makan dan segala persiapan lain tu aku tak kisah sangat,yang paling penting i hired the best photograper, sebab kalau pikir pasala budget makan ,semua tu pas makan ,kenyang terus jadi bahan buangan , gambar ni lain...seratus tahun pun dia akan kekal,itulah kenangan yang paling indah dan paling penting,sebab hari perkahwinan ni satu-satunya kenangan yang akan ada bila kita tua nanti"


aku angguk ,bersetuju...


hurmmm..betul!tak kisah lah kita berhabis untuk mendapatkan gambar yang cantik...opppsss,yang cantik  bukan bermaksud gambar posing segala...bagi aku ,gambar yang cantik mempunyai segala macam makna di dalamnya ...

Ini bermakna photographer yang aku hired tu,punya touch tersendiri, setiap gambar perlu ada story,jadi dia perlulah sensitif dan peka dengan apa yang berlaku dalam majlis tersebut...mungkin dari satu gambar yang CANTEEK itu, sudah menceritakan keseluruhan cerita..


dari kecantikan Raja Sehari,barangan hantaran dan pakaian ,suka duka semasa majlis pernikahan ,keceriaaan sanak-saudara dan taulan  ,semangat gotong-royong jiran-jiran  ,telatah kanak-kanak penyeri majlis juga insiden-insiden  yang tak di sangka sepanjang majlis berlangsung ..kesemuanya dapat di potretkan dalam satu gambar yang CANTEKK! hanya dengan sentuhan atau "touch " tersendiri dari Sang Photographer IdamanKu!!!!


Aduh ,aku sangat memerlukan recomendation dari korang....tolonglaa aku mendapatkan ,

Sang Photographer Idaman Kalbu ku itewwwww!!!!

*******************************************************************

Sunday, November 8, 2009

Baju baby dah siappp!!!



Baju Melayu ,kami hantar tailor kat PKNS je ADEN Tailoring..sepasang baju Melayu siap sulaman ,RM150.

Jahitan kemas dan sedap di pakai ,kata baby.

 
 




Settel!...hehehe.


Haaa...ini satu lagi bekas untuk letak biskut and cupcakes yang comel dan boleh di fikirkan untuk di jadikan bekas hantaran...
 





Aku beli satu set ini..tak sampai RM30 ringgit kat PKNS Shah Alam....pas kawen leh wat isi kuih raya,wat decoration kitchen pun cun!!