Friday, October 30, 2009

Terima Kasih Kak!

Macam dah berbulan blog ini tak terusik, gara-gara aku outstation selama 2 minggu ,walaupun penat shooting tak habis lagi,aku tetap datang ofis, bimbang pada pekara-pekara yang masih blom setel ..hehe

Ok lah ,entry aku kali ini sebenarnya hendak mengucapkan penghargaan dan ucapan terim kasih yang tak terhingga kepada Kak Saifura (Head HR)yang menghadiah make-up set ini untuk di jadikan hantaran...walaupun tak dapat hand beg yang diidamkan ..huhu,namun usaha akak ku ini tersangat ku hargai..kerana dialah yang sedikit sebanyak menjadi "tukang pikir",tarikh yang dan waktu yang sesuai untuk akau bercuti...hehe

Tak lupa pada Kak Yati (Finance) dan Kak Mona ( Make-Up Artist FM) yang juga sama-sama sedikit sebanyak membantu dalam misi mendapatkan barang-barang ini ...hehe.






Terima Kasih Akak-Akak Semua! Luv U All!

Tuesday, October 13, 2009

Aku,EnTunang & Mak Andam Vouge

Aku beli kain tu untuk buat baju nikah ,tapi macam cantik sangat ,takut nampak over pulak,so akhirnya aku dan encik Tunang decide buat baju sanding...

Dah banyak tempat aku survey...konon nak buat baju under RM600...so aku decide pergi tempah kat Wazira Boutique yang kat Plaza alam Sentral tu ...hurm..akhirnya plan berubah lagi! Ahaks!


Mak Andam kat situ kata lace yang aku beli tu terlalu cantik untuk buat baju kebaya  biasa ...so dia cadangkan aku buat lain sikit ..bak kata En.Tunang ..lebih Vogue gitu...hehe.

Jadi satin yang aku beli tu pun terpaksalah aku simpan buat bende lain , 'Mak Andam Vouge' cakap dia akan dapatkan fabric yang lebih cun ..aku lupe plak apa namanya ..so nanti baju aku tu akan nampak lain dari biasa..huh..aku pun tak tahu nak decide waktu tu...keje-keje ofis wat aku tak sempat untuk berfikir ...

nasiblah aku dapat tunang yang sporting! kalau tak masaklah aku nie....




jadi untuk buat baju yang kononya 'Vogue' sangat tu ...harga tempahan termasuk fabric yang nak di gantikan tu pun bertambahlah"Voguenyer"..hehe

aku terkejut gak En.Tunang setuju...padahal aku sendiri pun tak sanggup nak khabiskan duit sebanyak tu semata-mata untuk sepasang baju...anyway thanks baby!


Aku sebenarnyer khuatir gak kalau-kalau ,dah siap nanti baju tu nampak terlalu seksi,dengan punggung aku yang melebar ni ..iskh..risaulah pulak ..namun kata 'Mak Andam Vouge' tu..."Serahkan aja kain ini pada I ,I akan jadikan u pengantin yang Vouge gitu,dont worry!"...apa lagi aku tergelak (dalam hati kalau tak cantik ..siap kau..hehe!)