Tuesday, September 29, 2009

The Groom and The Bride Towel!



Just nice ...u can get them at Aussino,they are giving 50% promotion,and extra discount for member.hurry..hurry.Promotion ends 10 October 2009.

Monday, September 28, 2009

Satu pagi di hari rayer..hehe!







AMPUN DAN MAAF DI PINTA,TERLAJUR KATA ,TERSINGGUNG SESIAPA,HARAP DI AMPUNKAN ..SEMOGA KITA BEROLEH KEBERKATAN ,KESENANGAN MELALUI HARI-HARI MENUJU KEBAHAGIAAN .AMIN.

Sunday, September 13, 2009

The Huntings Continue!

'Hunting travel'dari ke Shah Alam terus ke Kajang...walaupun we can just book online,tapi lebih baik rasanya pergi sendiri,yelah nak kene tengok material card dan sebagainya.
Actually,aku dah choose design bila aku surf website jentayu design ni,tapi Tokey kedai cakap, we all leh design ikut suker,tapi guna material and design yang dia ada.Kira cam Mix & Match laa..
Haa..pening gak ,memikirkan susun atur and reka letak design ,nasib baik ada ChekGu kat sebelah...hehe
harap-harap dah siap nanti cantiklah dan lain sikit dari yang asal.Bercerita pasal harga
pulak,design yang lebih kurang macam kat bawah ni,harganya RM1.20 x 1000,...

aku suker sangat designnyer..kalao korang nak tengok pakej dan design kad lain bolehlah ke http//:www.thekadkawin.com,promote sket ek Abg Mi..hehe.
We all decide guna kad yang sama di majlis kedua-dua belah pihak ,so tarikh ,alamat dan map keduanya di letakkan sekali..save cost beb!

yang bestnyer, design yang telah siap akan di emailkan kepada costumer untuk confirmation or jika ada sebarang penambahan ,bak kata Abg Mi Si Tokey kedai:
"Kami tak akan print selagi customer tak puas hati "

-so akan ada first cut..second cutlah gamaknyer... (teringat Jaya n Bonni dan pre-shoot script yg lom aku hantar lagi ..hahaha).

ok segalanya sejam kemudian dan apalagi berdesuplah den ke ke Nilai Tiga,(dah dekat kan...hihi)
Malangnya tak banyak yang dapat di beli di sana ..hanya sempat survey sikit dan mencuci mata,kerana masa pun tak mengizinkan sangat ,tepat kul 4 we drove back to Shah Alam .
However ,aku dapat sesuatu yang sangat aku suker...Alaahai Comelnyer!!!!
Jauh-jauh pegi ,rupanya kat Shah Alam pun ada ,aku jumpa ni kat PKNS ,harga 3 RM10,= 3.34sen (agak mahal gak ..)tapi suker punyer pasal aku pujuk autie kedai tu jual murah sikit..hurmm dapatlah RM2.90..so aku just beli 50 bijik je..nak bagi kawan-kawan yang istimewa,cukup kot?
*******************************************************

PENGUMUMAN!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kepada rakan-rakan sekalian...aku ingin membuat pengumuman penting bahawasanya ...
setelah di perkenankan oleh 'orang tua'  kedua-dua belah pihak ,tarikh jatuhnya hari pernikahan dan persandingan kami telah pun di tetapkan pada :

27 Haribulan Disember 2009-Majlis Nikah dan Persandingan -Pengantin Perempuan .
1 Haribulan Januari 2010-Majlis Bertandang/Menyambut Menantu-Pengantin Lelaki.

HARAP MAKLUM! PLS SAVE THE DATE FOR US!!! tq.

Tuesday, September 8, 2009

Cenderahati buat Si Cilik!


untuk survenior di pihak "bride",akhirnya aku memilih carriage box ni.Dengan harga RM1.20,dari 'merryme&such'.Comel juga sebagai buah tangan si kecil.
Oleh kerana ianya tak sesuai untuk di letakkan telur di dalamnya ,aku order sikit jer, sebab bekas telur dah aku beli sebelum ni. Cukuplah buat penyeri majlis...hehehe

Saturday, September 5, 2009

Anggur Marbel & Trishaw Putih!



Comel tak anggur marble ni...nampak cam mahalkan? Hehe..sebenarnya aku dapat dengan harga RM15 kat Summit ,dari tokey Arab yang jual perabot kat level 3 tuh...katanya nak clearkan stock,so dia jual murah je kat aku!

Aku pun tanpa membuang masa terus zassss!

Hmm cute jugak kalau gantikan dengan hantaran buah-buahan biasa,nampak unik skit kan!




bekas ala-ala beca ni plak aku beli dengan harga RM19.90,tapi sekarang tengah offer,kalau korang beli banyak mesti dapat kurang lagi!



Lebih kurang begini kot gayanya nanti...hurmmm

Tuesday, September 1, 2009

Kisah Bendi, Jus Nangka dan Cat Biru!



Weekend lalu aku pulang ke kampung ChekGu,menyelesaikan beberapa pekara berkaitan perkahwinan kami.Memang masa ku sangat terisi ,ada sajer aktiviti yang dilakukan kami...



hari pertama aku dah terkedek-kedek mengikut orang tuanya ke kebun, maklumlah aku memang suka makan sayur , jadi inilah peluang terbaik untuk aku petik sendiri sayur dari kebun ini ...hehe



Taarrrraa! Inilah hasil titik peluh kami hari ini !


************************************************
Entah tiba-tiba..aku terasa cam nak makan nangka.Segera bakal 'Mak Mertua' aku tu suruh ChekGu ke belakang rumah ,kalau-kalau ada rezeki aku berbuka dengan nangka hari ni.

Hihi..nasib aku baik ...bestnyer makan nangka!






Oleh kerana banyak sangat nangka tu ,aku decide nak wat jus nangka !



Aku sebenarnya boleh di kata sangat bertuah ,kerana bakal mak mertua aku ni ,jenis yang tak kisah ,tak cerewet..apa sahaja kehendak dan karenah aku ni dilayankan sajer...aik cam terbalik plak! kui..kui

Seronoknya,aku ni bagaikan anak sendiri,sebut sahaja nak makan apa,tup..tup dah ada atas meja..



Allahhuakbar!...Allahuakbar! Ni lah juadah kami,jus nangka dan sayur2 yang kami petik petang tadi ,dan kari meletup dari "Mak Mertua' aku tuh!!!



He..he tidak di lupa tetamu undangan yang di jemput khas dari Puncak Perdana..Yasmin n Beba! dieorang ni dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu ,satu jalan jadi aku ajak berbuka sekali!

*********************************************
Antara aktiviti yang memenatkan kami ialah ...........cat rumah beb!



Sementara kat rumah tunang aku ni ,sempatlah aku tolong mengecat dalam rumah ,kesian Cikgu wat sorang-sorang,adik2 semua dah merantau ,tinggal yang kecik tu dengan parents dia ..

jadi-sekali lagi kami berganding bahu-CAT RUMAH!



hehe..akhirnya siap jugak pintu ni aku cat...



"Be,posing-posing gak ,tangan tu kene jalan sekali!"



Sempat lagi kannn!



Wah dah siap!

*******************************************************

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali ,aku lepak kampungnya ....hehe.Cuma sejak bergelar tunangan org ini..hehe lain pulak rasanya.

Sepanjang berpuasa dirumah ChekGu ,seronoknya lain macam skit...hmmm mungkin aku rindu pada deruan ombak dan bau laut di belakang rumahnya tu..



...hmmm entahlah tiba-tiba aku rasa syahdu pulak!