Tuesday, September 1, 2009

Kisah Bendi, Jus Nangka dan Cat Biru!



Weekend lalu aku pulang ke kampung ChekGu,menyelesaikan beberapa pekara berkaitan perkahwinan kami.Memang masa ku sangat terisi ,ada sajer aktiviti yang dilakukan kami...



hari pertama aku dah terkedek-kedek mengikut orang tuanya ke kebun, maklumlah aku memang suka makan sayur , jadi inilah peluang terbaik untuk aku petik sendiri sayur dari kebun ini ...hehe



Taarrrraa! Inilah hasil titik peluh kami hari ini !


************************************************
Entah tiba-tiba..aku terasa cam nak makan nangka.Segera bakal 'Mak Mertua' aku tu suruh ChekGu ke belakang rumah ,kalau-kalau ada rezeki aku berbuka dengan nangka hari ni.

Hihi..nasib aku baik ...bestnyer makan nangka!






Oleh kerana banyak sangat nangka tu ,aku decide nak wat jus nangka !



Aku sebenarnya boleh di kata sangat bertuah ,kerana bakal mak mertua aku ni ,jenis yang tak kisah ,tak cerewet..apa sahaja kehendak dan karenah aku ni dilayankan sajer...aik cam terbalik plak! kui..kui

Seronoknya,aku ni bagaikan anak sendiri,sebut sahaja nak makan apa,tup..tup dah ada atas meja..



Allahhuakbar!...Allahuakbar! Ni lah juadah kami,jus nangka dan sayur2 yang kami petik petang tadi ,dan kari meletup dari "Mak Mertua' aku tuh!!!



He..he tidak di lupa tetamu undangan yang di jemput khas dari Puncak Perdana..Yasmin n Beba! dieorang ni dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu ,satu jalan jadi aku ajak berbuka sekali!

*********************************************
Antara aktiviti yang memenatkan kami ialah ...........cat rumah beb!



Sementara kat rumah tunang aku ni ,sempatlah aku tolong mengecat dalam rumah ,kesian Cikgu wat sorang-sorang,adik2 semua dah merantau ,tinggal yang kecik tu dengan parents dia ..

jadi-sekali lagi kami berganding bahu-CAT RUMAH!



hehe..akhirnya siap jugak pintu ni aku cat...



"Be,posing-posing gak ,tangan tu kene jalan sekali!"



Sempat lagi kannn!



Wah dah siap!

*******************************************************

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali ,aku lepak kampungnya ....hehe.Cuma sejak bergelar tunangan org ini..hehe lain pulak rasanya.

Sepanjang berpuasa dirumah ChekGu ,seronoknya lain macam skit...hmmm mungkin aku rindu pada deruan ombak dan bau laut di belakang rumahnya tu..



...hmmm entahlah tiba-tiba aku rasa syahdu pulak!

No comments:

Post a Comment