Setahun berlalu...baru-baru menyambut ulangtahun Firas yang pertama...
Kesian Firas malam hari ulangtahun tu anaku demam yang berpanjangan sampai admit seminggu di hospital...pergh pengalaman yang mencabar kesabaran saya sebagai seorang ibu...huhu
Jadi kami terpaksa menyambutnya 2 minggu selepas discaj.
Bercakap pasal majlis kecil-kecilan ini, Aku dan En .Suami lama juga memikirkan nak buat kat mana..memandang keaadaan rumah yang semak kerana bakal berpindah...jadi rasa tak sesuai nak buat kat rumah...
So dengan bertanya rakan2 dan membuat research aku pun memilih nak buat di sini...
Aku ada juga research pakej KFC ..ok jugalah harga dia ..tapi timing pulak nak kena dgn tarikh aku nak buat tu , finally aku ambil pakej B di A&W ni haa..
A&W Batu Tiga ni kelebihanya orang tak ramai, space yang besar dan
sgt convinentla untuk bilangan tetamu yang ramai ..leh cecah 100 orang
tau! tapi aku jemput 40 ajes..hehe . Aku paling suke dengan service
staff yang ramah dan memahami itew...melayan soalan aku, melayan special
request aku ..hehehe. Honestly mereka sgt memahami ya..faham kehendak
org Melayu macam diriku ,nak bagi sume guest makan kenyang-kenyang dan
having great time with family n frens..Biasanya kalo buat majlis mcam ini kat , umah , guest dtg makan , sembang-sembang then balik..bezanya kita kat sini boleh main games yang staff A&W yang organize, dapat hadiah lagi! So aku rasa berbaloilah dengan money that we have spent tu..
Ok ini budak bucuk yang di raikan...dah setahun rupenya ...RAYYAN FIRASI JIHADI...
Pening kami memikirkan tema majlis...akhirnya decide "Tie Party" hehe, jenuh ler mencari Tie hahaha. Aku dengan En. Suami walaupun letih , gagahkan juga mencari sehingga ke saat terakhir tau!
Ini Abg Besday Boy! ANAQI! dah 3 tahun setengah...
Ini pulak kek yang aku tempah dari Dill Cakes Klang..walaupun aku tensen gaklah sebab rupenye yang tak semengah mana berbanding dgn harganya yang bagi aku agak mahal, and expection aku yg agak tinggi itu..nasib baiklah kawan-kawan aku kata sedapppp! hehe (legaaa..)
Ni plak antara DIY aku dengan En Suami...Cantek tak??? (haha kami buat sambil tido..sehari sebelum..haha)
Untuk Mini CandyBar kami ni , aku beli di NSK Selayang tu, yang sememangnya murah dan pelbagai , ish rasa macam nak duduk jer kat situ. Kredit untuk Puan Nora Zainal dan Bukhari yang menemani aku hunting semua tu..luv u ollss!
A&W kan sinonim dengan 'Mr Bear'nya ...syukur dapat Mr. Bear yang pandai ambil hati guest aku..memang seronok, bila dia gosok-gosak perut tu...kelakarnyanye bila ingat balik...haha
Kehadiran satu maskot memang menyeronokkan ...tapi kehadiran 4 maskottt?
Penghargaan yang tak terhingga pada rakan sekerja Azharul & Alifah dengan kesudiannya menaja DRLULU & FRENS ke masjlis kami...
Perkenalkan Dr Lulu , Uca & Azu..watak animasi baru yang bakal mengegarkan industri animasi negara. untuk mendapatkan khidmat mereka sila emailkan pertanyaan anda:
Emel : drlulunfriends@gmail.com,FB : www.facebook.com/drluluNfriends
atau call je Mira 019-311 3944 k.
I'm feeling bleessed ..tq Yasmin Lind@photog yang cun dan berdarah manis ini ! Service yang sgt puas ati, murah dan cantek..bagi yang nak guna khidmat Minah cun bolehla lawati
http://www.yasminlindphotography.com
Ok meh aku share picture sekitar majlis ni...jangan ade yang muntah pulak ..banyak sgt gambonyer..hahaha
Makan, main games , sembang-sembang ..taking pictures..., majlis yang sepatutnya berakhir jam 5 petang ...end up
jam 6 petang..hehe nasib baik tak kena halau..like i just said..A&W
is very understanding!
Firasi pun dah getting sleepy... ambik gambo pun dah tak larat..
Akhirnya...zzzzzz...keletihan..
Akhir kata...
Terima kasih pada kaum keluarga yang membantu dan yang menghadiri majlis kecil-kecilan kami ini. Secial thanks juga pada Puan Nora Zainal & Bukhary Aziz yang menemani Ibu Besday Boy mencari candy tu, adik Fatehah Mohamed dan Haspalizi Mohamed yang tolong gorengkan makanan tambahan, photog cantek manis Yasmin Lind yang menaja pic yang come ni, serta Tim DR LULU & Frens Azharul Azmir Kamarulzaman & Nor Alifah yang membuat kejutan menyertai MR. Bear A&W.
Kami sekelurga memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan
sepanjang majlis .Semoga Allah murahkan rezeki anda semua .Penghargaan
juga pada hadirin yang hadir, kawan baru dan kawan lama , serta
sanak-saudara. Majlis ini tidak akan menjadi 'Sgt Happening' tanpa
sokongan anda semua ! Tq so much! -Firasy & Family!
that's how the story ends--------------